Monday 14 January 2013

ANIMASI SATU KESENIAN KREATIF










APA ITU ANIMASI???


  • Pada zaman paleolitik lagi animasi sudah ditemui.Manusia menemui satu fenomena begerak dalam lukisan ditemui di gua-gua,dimana binatang sering digambar bertumpuk sehigga memiliki kaki yang banyak.
  • Pekembangan teknologi animasi adalah pada masa jaya perfilman(motion picture film.


phenakitoscope


zoetrope
praxinoscope


  • Berkembangnya teknologi per-film-an membuka peluang juga bagi serni animasi. Proses animasi dasar memanfaatkan teknologi gambar yang dilukis secara manual.
  • Animasi kartun pertama adalah sebuah film bisu hitam putih, contohnnya adalah kartun Felix the Cat. Sedangkan Animasi kartun pertama yang diisi dengan suara adalah Steamboat Willie dari Walt Disney, dengan pemeran utama karakter Mickey Mouse di tahun 1928. Padahal film My Old Kentucky Home (yang kurang populer) dari Max Fleischer pada 1926 lebih tepat dikatakan sebagai film pertama dengan inovasi ini. Fleischer juga melakukan paten untuk rotoscoping, dimana dengan alat ini, animasi dapat di jiplak (traced) dari film hidup (live action film).
  • Dengan makin pesatnya perkembangan seni suara di per-film-an, musik bertema sering digunakan. Karakter animasi biasanya tampil dengan aksi 'berulang' (loops), dimana beberapa gambar yang sama dipakai berulang, disesuaikan dengan musik. 
  • Disney juga memproduksi film kartun berwarna pertama memanfaatkan tekonologi 3 warna dari Technicolor, dengan judul "Flowers and Trees" pada tahun 1931. Beberapa produser pada masanya sudah menerbitkan film kartun berwarna dengan proses 2 warna.
  • Belakangan, teknologi per-film-an lain mulai diadaptasi di dunia animasi, seperti kamera multiplane, suara stereophonic dalam film Fantasia dari Disney di tahun 1940, kemudian proses Widescreen bahkan 3D.
  • Saat ini, film animasi lebih umum diproduksi menggunakan teknologi komputer. Memberikan kesempatan pada para animator untuk memanfaatkan alat yang tidak tersedia jika penyelesaian gambar secara tradisional.


  • DEFINISI ANIMASI

    • Animasi merupakan suatu teknik menampilkan gambar berurut sedemikian rupa sehingga penonton merasakan adanya ilustrasi gerakan (motion) pada gambar yang ditampilkan.

    • Definisi animasi sendiri berasal dari kata 'to animate' yang berarti menggerakkan,menghidupkan. Misalkan sebuah benda yang mati, lalu digerakkan melalui perubahan sedikit demi sedikit dan teratur sehingga memberikan kesan hidup. 
    • Animasi adalah proses penciptaan efek gerak atau efek perubahan bentuk yang terjadi selama beberapa waktu.



    Sunday 13 January 2013

    LATAR BELAKANG MENGENAI JRKV

    Selamat Datang ke Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual. Jabatan ini adalah yang baru di dalam Politeknik Muadzam yang rangkanya diambil daripada beberapa Politeknik terdahulu. Pada awal penubuhannya ia dikenali sebagai Jabatan Rekabentuk sahaja. Buat masa ini Politeknik Muadzam Shah hanya menawarkan Diploma Senireka Grafik Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual menawarkan program pengajian sepenuh masa di peringkat diploma dalam bidang berikut : - Diploma Rekabentuk Grafik Program ini menekankan pembelajaran dan pengajaran kepada konsep rekabentuk dan juga aplikasi yang terlibat dalam proses-proses penghasilannya. Pelajar dilatih untuk berfikiran kreatif dan inovatif dalam menghasilkan idea di mana dalam proses pembelajarannya akan melibatkan pembinaan idea dan konsep, kajian, metodologi, "hands-on technique" dan aplikasi yang digunakan sama ada secara manual atau komputer. Pada semester akhir pelajar program diploma perlu menghasilkan major projek bagi menfokus pada skop tertentu dan beberapa kursus elektif untuk keperluan kerjaya pada masa hadapan. Objektif Melatih pelajar peringkat sijil dan diploma untuk menguasai kemahiran juga untuk menjadi individu yang kreatif dan inovatif untuk keperluan separa profesional dalam bidang rekabentuk grafik. Pada akhir kursus pelajar akan berkebolehan untuk memahami beberapa displin dalam rekabentuk grafik dan mempelajari beberapa teknik penyelesaian masalah menggunakan kaedah konvensional atau pun peralatan berteknologi tinggi untuk "output" yang berkualiti tinggi. Peluang Kerjaya Pereka, Book illustrator, Animation artist, Computer graphic, DTP ( desktop publishing ) Artist, Pereka web, Graphic environment designer, Image touch-up designer, Photographer, Packaging designer, Comic producer, Communication designer, Stationery designer, Pereka set, Pereka majalah dan suratkhabar, Pereka pameran, Pereka multimedia, Digital Artist, Berkerja sendiri. Studio Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, para pelajar di jabatan ini didedahkan kepada suasana kerja di dalam studio dan juga bengkel. Proses ini melibatkan sesi syarahan, tutorial dan juga latihan. Dari masa ke semasa JRKV juga menjemput para pensyarah luar dan ahli professional untuk memberi ceramah mengenai bidang senireka bagi tujuan meningkatkan mutu kerja dan etika profesion. Bengkel Bengkel industri dilengkapi dengan peralatan pertukangan kayu dan besi. Terdapat juga bengkel jahitan bagi kemudahan pelajar- pelajar fesyen belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan. Makmal PC/Macintosh Makmal-makmal komputer kami mempunyai kelengkapan yang terkini dan menepati kehendak dan keperluan industri dan juga firma-firma rekabentuk. Antara perisian yang dimuatkan adalah seperti: Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Premiere, Macromedia flash, Macromedia Director, Cinema 4D RHINO.

    Wednesday 2 January 2013

    PEGENALAN POLITEKNIK MUADZAM SHAH


          SEJARAH PENUBUHAN


    Politeknik Muadzam Shah mula beroperasi pada 1 Ogos 2003 merupakan politeknik yang ke 19 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kampus tetapnya terletak di pinggir Bandar Muadzam Shah. 
    Politeknik Muadzam Shah telah mengeluarkan  graduan sulungnya seramai 63 orang dari pengambilan sesi Januari 2004 dan 77 orang dari sesi Julai 2004. Sebagai graduan perintis, mereka mendapat bimbingan daripada  kakitangan akademik  yang komited dalam melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan dan berkemahiran. Manakala bahagian pengurusan dan pentadbiran pula digerakkan melalui kerjasama staf yang terdiri daripada kumpulan kakitangan pengurusan & profesional dan kakitangan sokongan.
    Politeknik Muadzam Shah mempunyai kumpulan pengurusan yang beriltizam untuk menjadikan politeknik ini sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu dan kemahiran yang  terunggul di negara ini. 

    Visi

    Politeknik pilihan melahirkan modal insan yang komited, responsif dan inovatif berkeupayaan memacu ekonomi dan pembangunan negara.
    Misi

    Mewujudkan persekitaran kondusif mencakupi pembangunan sahsiah bagi memperkasakan modal insan yang kreatif dan berdaya saing.

    Piagam Pelanggan
    • Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar mendaftar.
    • Proses PPP dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan.
    • Status tindakan terhadap aduan pelanggan dimaklumkan kepada pengadu dalam masa 2 minggu selepas aduan diterima.  
    • Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 2 minggu selepas semester pengajian berakhir. 
    • Mengurangkan teguran AG sebanyak 25% setiap 3 bulan.
    • Berusaha  untuk melaksanakan 100% penyeliaan ke atas semua pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri pada semester semasa.